Tuesday, 21 May 2013

Diploma? Kenapa tak Asasi?

Assalamualaikum w.b.t , Selamat Malam and Goodnight everyone!!!

so, agak lama jugak tak update blog since result keluar hari tu...hehe..
tup tup tup kejap je masa berjalankan? so, lebih kurang 2 minggu lagi nak masuk semester baru..
rasa macam nak duduk terus kat JB ni, taknak balik U kt Perak tu...jauh laaa...T.T dapat balik Jb pun masa mid term holiday dgn cuti semester...sedih kan? tapi nak buat macam mana kn? sebagai hamba Allah, kita mestilah terus berusaha untuk mencari ilmu pengetahuan biarpun sampai ke negeri China..betul tak? betulkan jika saya salah...:)

di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru kepada ibu saya dan juga guru-guru serta pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar saya dan juga tenaga pengajar di luar sana...sorry lah sbb lambat wish...hohoho...:D

 so, seperti yang semua maklum, result UPU da pun keluar hari Jumaat lepas bersamaan dgn 17 May...tahniah kepada adik-adik yang berjaya untuk sambung belajar ke Universiti, Politeknik, JPA mahupun MARA...tak lupa jugak yang sambung belajar ke IPTS..:) belajar la elok-elok ye...kalau da dapat masuk Universiti ni, biarlah sampai kita graduate...jangan sia-sia kan peluang yang terbuka kat depan mata kita ni...kita beruntung sbb diberi peluang untuk sambung belajar kt Universiti...cuba bayangkan mereka-mereka yang tak diberi peluang emas ini...so, jangan lupa sujud syukur lepas dapat tawaran masuk U ni okay tanda kita bersyukur kepada Allah sbb kita diberi peluang besar ini..:)

okay, actually post untuk entri kali ini sebenarnya tentang orang yang suka pandang rendah kat student yang belajar atau ambil diploma...panjang pulak kan mukadimah kt atas td..hehe...takpe2...teroskan scrollkan mouse anda ke bawah..hehe..okay, sambung balik tentang apa yang nak ditulis...actually, buat pengetahuan semua, saya sedang menyambung pelajaran saya dalam bidang Diploma Pengurusan Hartanah..diploma? yes...I'm taking diploma and I'm not taking Foundation of Science...actually ramai tak percaya saya ambil diploma and ramai aspect saya ambil asasi...yela, bdak dapat straight A's dlm SPM mestilah kena ambil Asasi kan? takkan nak ambik diploma kot...siapa cakap bdak dapat straight A's tak boleh ambil diploma? bukannya menjadi suatu kesalahan pun kan kalau saya ambil diploma kan? yeahhh..saya rasa sgt2 sedih bila ada ibubapa kepada kawan saya ni pandang rendah kat saya hanya sbb saya ambil diploma shj...yela, anak diorg ambil asasi...entah la, tak taw la apa yang diorg pandang budak yang ambil diploma ni semuanya yg tak pandai ke? sila lah tukar fikiran kalau anda pun berfikiran macam tu...ambil asasi ke, diploma ke, ijazah ke, semuanya sama je...yang penting niat belajar kerana Allah, bukannya sbb nak tunjuk kt org ramai yang kita ni ada anak pandai or sowhatever...

bohong la kalau saya katakan yang saya ni nk sambung diploma...at first, saya nak jadi Pharmacist...then, ckap kat ayah...ayah kata, kalau dapat straight A's dlm SPM bole ambil Pharmacist...and Alhamdullillah, SPM saya dapat straight A's...then, masa nak mohon UPU...ayah suruh sambung Diploma Pengurusan Hartanah..sbb apa? sbb ayah kata persaingan nak jadi doktor, pharmacist, engineer ni sgt-sgt tinggi....and sekarang ni penglibatan orang Melayu dlm bidang hartanah ataupun Real Estate sgt-sgt sedikit kalau nk dibandingkan orang Cina...saya bukannya nk racist kt sini...maafkan saya jika post ini membuatkan anda terasa....tanpa orang Melayu sedar, orang bukan Melayu da banyak beli hartanah yang ada kat Malaysia ni...why not kita pertahankan hak kita dgn mengambil tahu selok belok dalam bidang hartanah...tak rugi pun belajar diploma...bukannya kita belajar sampai diploma je, degree, master even phd pun ada dalam bidang ni dan juga bidang-bidang yg lain...bukannya je doktor je yang boleh belajar sampai phd, ada gaji besar...bidang-bidang lain pun boleh...and Alhamdulillah, saya ditawarkan Asasi Sains di Matrikulasi Tangkak Johor dan juga Diploma Pengurusan Hartanah di UiTM...dan saya pilih untuk ambil diploma dan Alhamdulillah saya tidak menyesal dengan pilihan saya...ibu dan ayah adalah dorongan utama saya untuk saya terus belajar dalam bidang ni...:)

so, adik-adik yang dapat diploma dalam bidang apa jua sekali pun, bukak la minda adik-adik untuk sambung belajar dan jangan terlalu sempitkan fikiran yang belajar diploma ni merugikan masa...and one more thing, bila time result keluar biasa nya pointer budak asasi tidak sebaik pointer budak diploma...ini realiti...dan ramai bdak asasi menganggap subjek-subjek yang bdak diploma ambil senang-senang and diorang senang nk dapat pointer tinggi...siapa cakap? why not you all try ambil subjek yang kitorang ambil...cakap senang la, cuba try belajar apa yang kitorg belajar...actually subjek bdak diploma sama je standard dgn bdak asasi....subjek kitorg pun bnyak kena hafal, kira-kira dan jugak susah...seriously!!! so, knp result mcm tu? tepuk dada, tanya diri kenapa result anda bole jd mcm tu...di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...

so, saya ni bukannya nak memburuk-buruk kan student yang ambil asasi...tidak sama sekali...saya cuma mintak kepada sesiapa student yang ambil asasi yang selalu merendah-rendahkan student yang ambil diploma, tolong ubah fikiran anda...sbb bnda ni mmg da biasa berlaku and saya just nak ubah fikiran diorg supaya tak ckap perkara bukan-bukan dan tak pandang rendah kt adik-adik yang nak sambung diploma...so, kepada adik-adik yang bakal masuk U tak lama lagi...goodluck diucapkan...zaman sekolah sangat lah berbeza dgn zaman Universiti...biasa la, da nk masuk fasa dewasa kan? hehe...

baiklah, sampai di sini sahaja post pada kali ini...ampun dan maaf dipinta jika post kali ini membuatkan hati anda terasa, terguris dan terhiris...apa yang saya ceritakan kat atas ni adalah realiti dan bukanlah rekaan semata-mata...maybe saya ada ter'emosi' sikit masa tulis post ni...sorry la kepada sesiapa yang terasa tu...
and tak lupa, thanks so much kerana sudi luangkan masa untuk membaca blog saya...:)

sehingga berjumpa lagi...

Assalamualaikum and goodnight! :)

10 comments:

  1. nak tanya. if it is you, you choose poli or form 6? hmm poli - diploma in finance and islamic banking. saya tak dapat upu even result okay okay. matriks pun tak dapat sbb bukan bumiputera. ive tried form 6 in sc stream, susah tu takde lah sgt, tp sebab dgr sgt kata org yg form 6 tu susah, better amik ipts. so i quit. and amik ipts, 2 hari kat ipts terus nyesal sebab dorang nak duit je, kualiti takde. so saya quit and kerja for now. apply poli dapat. but hati ragu2. sbb org kata poli susah nak dpt chance smbg degree kat ipta. dah lah saya takde basic account. rasa macam amik risiko. tiba2 tukar bidang. nak amibil balik form 6 but lambat sgt kena tunggu mext year intake. idk what to choose rn. pening nya. istikharah dah, but still kabur :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf kerana lambat reply sbb saya tengah final exam..:) nasihat saya, jangan terlalu dengar orang ckap sbb tak semestinya apa yang orang ckap tu betul...mcm saya, parents kawan-kawan saya dgn cikgu saya recommend untuk saya supaya sambung asasi tapi saya lebih ikut apa yang parents saya nak sbb our parents lebih berhak untuk pilih untuk kita kan? then, perkara yang lalu biarkan ia berlalu...and skarang Alhamdulillah awak da dapat tawaran untuk sambung belajar ke poli and why dont you accept that offer to further your study? kalau awak belajar bersungguh-sungguh kat poli nnti, inshaAllah awak berpeluang untuk sambung pengajian ke ipta dan mungkin juga ke luar negara...who knows kan? dan tolong pedulikan apa yang orang-orang luar kata asalkan awak dapat sambung belajar! itu yang penting! :) just like me, saya dari sc stream mase spm and skrg saya sedang melanjutkan pelajaran dalam estate management, course yang berkaitan property, hartanah & etc. Alhamdulillah, saya dapat bawa course ni dengan baik even saya takde basic langsung tentang course ni....accept the offer from the poli and try to learn new things from the course that you get, that is my advice...diploma in finance and islamic banking is not bad what...yang penting, cuba belajar benda baru dan pedulikan apa yang orang luar nak kata..itu yang penting...dan jangan lupa doa dan tawakal kepada Allah itu juga penting...doakan supaya sentiasa dimudahkan setiap urusan yang dilalui...that's all yang bole saya cakap..by the way, thanks for spend your time to read my blog...:)

      Delete
  2. err akak , saye bru habis spm and tgh pning fikir course utk mohon upu . saya minat law , so saya apply la asasi law . then saya apply jgk dip pengurusan hrtanah . sbnarnya pngurusan hrtanah ni okay tak ? saya mnat jgk bab tanah-2 ni cuma tkut trsilap lgkah . enlighten me please ;)

    ReplyDelete
  3. Assalaamu'alaikum . .auntie pun dah selalu dipandang rendah sebab anak auntie ambil diploma dahulu..tapi jika pointer lebih 3.5...in sya Allah... Anak auntie akan sambung degree di german,uk,or kanada..so ap masalahnya? Org zama sekarang tetapi pemikiran ditakuk lama...dploma lebih baik kerana masa yg lama diambil akan menyiapkan mereka di peringkat ijazah..susah sangat ke orang nak faham? Kalau nak ambil asasi,matrikulasi,A level...terpulanglah...tapi..jangan pndang rendah kepada diploma ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam aunty..:) First of all, terima kasih sbb sudi baca blog saya ni...:D betul tu aunty, people nowadays mmg suka pandang rendah students yg amek Diploma...maybe diorang rasa diorang dah cukup hebat sbb dapat habiskan Degree dalam masa yg singkat? but, that is not the good reason why they should pandang rendah kat student Diploma...realitinya, budak yang amek Diploma lebih bagus pencapaian dari segi pelajaran or praktikal bila dah sambung Degree sbb masa Diploma, diorang dah bnyak belajar banyak benda dan juga menjalani Latihan Praktikal sebelum sambung ke Degree...betul lah cakap aunty, pemikiran orang zaman sekarang masih berada ditakuk lama sbb mereka fikir lagi singkat masa untuk dapatkan Degree or Master, lagi pandai seseorang tu...saya pown berharap supaya adik-adik yang sambung belajar nnti, jangan pandang rendah dekat kawan-kawan yang dapat Diploma...btw, tahniah kepada aunty & anak aunty sbb berjaya sambung Degree di luar negara...:)

      Delete
  4. Assalaamu'alaikum . .auntie pun dah selalu dipandang rendah sebab anak auntie ambil diploma dahulu..tapi jika pointer lebih 3.5...in sya Allah... Anak auntie akan sambung degree di german,uk,or kanada..so ap masalahnya? Org zama sekarang tetapi pemikiran ditakuk lama...dploma lebih baik kerana masa yg lama diambil akan menyiapkan mereka di peringkat ijazah..susah sangat ke orang nak faham? Kalau nak ambil asasi,matrikulasi,A level...terpulanglah...tapi..jangan pndang rendah kepada diploma ye....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak~~ saya pun dapat course yg sama walaupun bukan pilihan saya tetapi dengan support keluarga saya akan teruskan pelajaran saya dalam bidang ni. Saya ada satu soalan boleh ke saya sambung belajar di luar negara dalam bidang ni?? Anyways thanks very much for the post now I feel more motivated to further my study heheh ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam adik Hidayah...First of all, terima kasih sbb sudi baca blog akak..:) dan juga Tahniah diucapkan sbb berjaya sambung belajar dalam jurusan Pengurusan Hartanah di universiti.....jawapan akak bagi soalan adik is YES...adik boleh further study dalam bidang Hartanah ni untuk peringkat Degree, Master and even PhD di overseas...so, dont worry la dik...focus dulu 3 tahun untuk complete Diploma with flying colors result and inshaAllah adik boleh sambung belajar kat luar negara dalam bidang ni ke peringkat yg lebih tinggi...:) goodluck akak ucapkan kepada adik untuk tempuh alam universiti and Tahniah sekali lagi...:D btw, adik dapat Pengurusan Hartanah ni kat UiTM kan? kalau adik ada apa-apa soalan, boleh la email kat akak, nabihahhalim@gmail.com :D

      Delete
  6. Assalamualaikum akak~~ saya pun dapat course yg sama walaupun bukan pilihan saya tetapi dengan support keluarga saya akan teruskan pelajaran saya dalam bidang ni. Saya ada satu soalan boleh ke saya sambung belajar di luar negara dalam bidang ni?? Anyways thanks very much for the post now I feel more motivated to further my study heheh ^^

    ReplyDelete
  7. budak pre law nak sambung kos pengurusan hartanah time degree boleh ke tak ? mohon penjelasan

    ReplyDelete